Make your own free website on Tripod.com

SMK AIR KUNING

SEJARAH SMKAK

Home
SEJARAH SMKAK
MENGENAI SEKOLAH KAMI
PENERAJU UTAMA
BARISAN PENGAJAR
KEMUDAHAN FIZIKAL
PENCAPAIAN SMKAK
LINKS

SEJARAH SEKOLAH

PENDAHULUAN.
 Cadangan pembinaan SMKAK sudah wujud sejak tahun 60-an lagi.Desakan dicetus oleh masyarakat setempat dalam mesyuarat UMNO Kampung Baru Air Kuning kepada ahli Parlimen Batang Padang,YB Campt Hj Abd Hamid Khan yang menjadi Menteri Pelajaran Tanah Melayu pada tahun 1962-1964.Desakan tercetus memandangkan masyarakat disekitar Air Kuning amat memerlukan institusi pendidikan ini.
 
 
 
SEJARAH PENUBUHAN
Sebelum penubuhan SMKAK,terdapat beberapa buah sekolah rendah aliran Melayu dan Cina di sekitar pekan Air Kuning.Antaranya Sek Keb Air Kuning,Sek Keb Banir dan Sek Keb (J) Cina Peng Lock.Pelajar dari sekolah lain terpaksa melanjutkan pelajaran diluar kawasan Air Kuning terutamanya Kampar,Langkap dan Tapah.Kesulitan pengangkutannya dan kedudukannya yang jauh (lingkungan 15-30 km) telah mencetuskan gagasan penubuhan sebuah sekolah menengah disekitar kawasan Air Kuning.Maka pada 01 Julai 1996,SMKAK ditubuhkan untuk menampung keperluan semasa pelajar-pelajar di sekitar pekan Air Kuning.
 
 

smkak.gif

LENCANA SEKOLAH

  • Lencana ini telah digunakan 1996
  • Tafsiran simbol ialah:
  • Bentuk Perisai ialah Perlindung
  • Buku bermakna Ilmu
  • Obor ialah Penyuluh Hidup
  • Pena ialah Penggerak Minda
  • Bunga Padi melambangkan Semangat
  • Tiga Roda ialah Tiga Bangsa Bersatu
  • Warna Merah untuk Berani
  • Biru untuk Perpaduan dan sejahtera
  • Kuning untuk Raja dan Ceria
  • Roda bermaksud Persekitaran Teknologi

LAGU SEKOLAH
 
SMK AIR KUNING
SENTIASA JADI BANGGAAN
SEMUA BERGERAK SEIRING
MENUJU KECEMERLANGAN
 
BERILMU BERAMAL BERWAWASAN
MENCAPAI CITA-CITA MURNI
JASA GURU DAN AYAH BONDA
SENTIASA TERSEMAT DI DALAM HATI
 
SMK AIR KUNING
MENGGILAP WARGA BESTARI
TEGUH IMAN ,TAHAN DUGAAN
CABARAN PERUBAHAN ZAMAN
 
 
 
LAGU:PN LIM GEOK CHIAL
LIRIK:PN NOR HASANAH BT HJ IBRAHIM

2006 SMKAK