Make your own free website on Tripod.com

SMK AIR KUNING

MENGENAI SEKOLAH KAMI

Home
SEJARAH SMKAK
MENGENAI SEKOLAH KAMI
PENERAJU UTAMA
BARISAN PENGAJAR
KEMUDAHAN FIZIKAL
PENCAPAIAN SMKAK
LINKS

VISI SEKOLAH:
 
'SMK Air Kuning Cemerlang 2009'

MATLAMAT SEKOLAH :
 
Untuk melahirkan pelajar yang mahu belajar setinggi-tinggi yang tercapai olehnya. Untuk melahirkan manusia yang berdisiplin, berakhlak mulia, cintakan bangsa dan negara. Untuk melahirkan manusia intelek yang dapat menyuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

FALSAFAH SEKOLAH :
 
Kepercayaan bahawa setiap pelajar memiliki bakat, emosi, potensi dan minat. Jika dididik, diajar dan dilatih secara sempurna akan melahirkan insan yang dapat memenuhi aspirasi sistem pendidikan di Malaysia.

MOTO SMKAK:
 
MOTO "BERILMU"
Bermaksud warga pendidik SMKAK inginkan semua pelajar sekolah ini mendapat pendidikan yang sempurna selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
 
MOTO "BERAMAL"
Bermaksud pelajar yang dilahirkan dari sekolah ini akan mengamalkan segala ilmu yang diperolehi untuk kepentingan diri sendiri,masyarakat dan negara.
 
MOTO "BERWAWASAN"
Bermaksud semua warga SMKAK mempunyai wawasan yang murni selaras dengan Wawasan Sekolah dan Wawasan Pendidikan Negara. 
 

MISI SEKOLAH :
 
Berhasrat menjadikan sebuah instituisi pendidikan dan keilmuan yang mampu menyediakan pendidikan terbaik untuk melahirkan pelajar-pelajar yang serba boleh, berkemampuan, berketerampilan dan tabah untuk menghadapi cabaran dan persaingan hidup dalam arus perubahan zaman.

BERILMU, BERAMAL, BERWAWASAN

2006 SMKAK